|
|
|
|
Menu Pilihan |
Mailing List Pilihan
Egroups Islam
Mailing List adalah kumpulan perbincangan melalui email ia juga selalu disebut sebagai egroups . Terdapat pelbagai egroups yang didirikan di yahoogroups.com untuk tujuan perbincangan berkenaan sesuatu topik mengikut kemahiran dan kegemaran seseorang. Seseorang pemakai email tentunya mempunyai minat dalam sesuatu perkara tertentu, yang mana mereka yang berminat dalam sesuatu bidang akan berkumpul dalam suatu egroup yang membincangkan semua hal yang berkaitan dengan minat mereka berserta membolehkan soalan-soalan yang berkaitan dikemukakan ke alamat email egroups, supaya nanti ada diantara anggota lain egroups dapat menjawab persoalan yang dikemukakan dan seterusnya dapat dikongsikan bersama oleh anggota lain yang juga ingin tahu jawapan daripada soalan tersebut.
Semua ahli yang mendaftar di sesebuah egroup , mempunyai hak untuk mengirimkan tulisan dan berbincang hal-hal berkaitan dengan menggunakan kebijaksanaan mereka, dimana pandangan beliau hendaknya bakal memberikan manfaat kepada semua ahli.
Penyertaan dalam egroups yang disenaraikan di laman ini adalah percuma dan ianya dikendalikan secara sukarela oleh pengasas yang juga antaranya selaku moderator group. Moderator bertindak mengawasi tulisan-tulisan yang dikirimkan dan memberi nasihat kiranya ada antara ahli-ahli yang menyalahgunakan egroups untuk tujuan tertentu yang tidak berkaitan dengan sesuatu egroup berkenaan .
Sehingga laman ini didirikan, seseorang pengasas sesebuah kumpulan mailing list , juga menggunakan kemudahan membina egroups secara percuma yang disediakan oleh yahoogroups.com
Bagaimana untuk menyertai egroups yang dipilih. Cara mendaftar adalah boleh dilakukan dengan beberapa cara dan yang mudahnya adalah dengan memasukkan alamat email tuan/puan ke ruang (petak) yang bertulisan
enter email addres
disediakan di bawah dan kemudiannya klik butang yang tertulis Yahoo! Groups Join Now.
Setelah butang dimaksudkan diklik sila buka email yang dimasukkan tadi Kiranya menerima satu email dengan subjek Please confirm your request to join untuk pengesahan sila replykan email tersebut tanpa perlu menulis apa-apa dan sila sendkan email tersebut.
Setelah itu melalui mailbox email tadi satu lagi email diterima sebagai tanda tuan/puan telahpun diterima menjadi ahli.
Sesudah itu sekiranya ada perbincangan email yang dikirimkan oleh mana-mana ahli akan muncul dalam mailbox dan tuan/puan bolehlah juga mengirimkan tulisan ke egroups yang telah disertai itu.
contohnya
Hantarkan tulisan yang mengandungi pertanyaan atau tulisan panduan ke alamat email
Seluruh anggota islam-kini group , termasuk tuan/puan menerima tulisan yang dikirimkan tersebut. Kalau seribu orang yang mendaftar bermakna seribu orang dapat membaca tulisan yang kita kirimkan tersebut.
Sekiranya tuan/puan sudah biasa dengan egroups, dan telah mengetahui cara-cara untuk mendaftar, tuan/puan juga dijemput mendaftar di egroups yang difikirkan sesuai atau mendaftar dalam semua egroups yang dicadangkan di laman ini. Terima kasih.
<--- Untuk pilihan selanjutnya sila bawa penunjuk tetikus ke palang SIDEMENU.





















|
|
|
[ Tulis Buku
Tamu] - [Baca Buku Tamu
]
[Guestbook by TheGuestBook.com]
Anda adalah pengunjung laman ini ke
Laman Webmaster Makmal Sains E-sajak Arkib Email
Copyright © 2002 - 2003, Ediramle Ismail , Tumpat, Kelantan, Malaysia